You can edit almost every page by Creating an account. Otherwise, see the FAQ.

Kimono kini

提供:EverybodyWiki Bios & Wiki
移動先:案内検索


Kimono kini dalam kehidupan seharian[編集]

Kimono sering digunakan sebagai pakaian harian masyarakat Jepun sehingga Perang Dunia Kedua. Namun begitu, permintaan terhadap Kimono berkurangan selepas Perang Dunia Kedua berakhir kerana masyarakat Jepun menggunakan pakaian Barat sebagai pakaian harian mereka. Sejak itu, harga Kimono telah berubah menjadi lebih mahal dan orang Jepun sering menganggap Kimono sebagai pakaian yang mewah.

Hal ini dibuktikan melalui satu soal selidik yang dilaksanakan oleh Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun[1] pada tahun 2015 yang menjelaskan tentang persepsi wanita Jepun terhadap pemakaian Kimono pada masa kini. Data soal selidik tersebut menunjukkan bahawa sejumlah 80 peratus responden wanita yang berumur 20 tahun ke atas bersetuju bahawa mereka pernah memakai Kimono sekurang-kurangnya satu kali sepanjang hidup mereka. Kebanyakan responden menyatakan bahawa mereka hanya memakai Kimono atas sebab-sebab yang tertentu.

Sebagai contoh, mereka memakai Kimono apabila hendak menghadiri majlis atau upacara rasmi seperti majlis perkahwinan dan upacara pengebumian. Walaupun majoriti responden wanita mengakui bahawa mereka pernah memakai Kimono, namun hampir 15 peratus wanita menjawab bahawa mereka hanya memakai Kimono sekali atau beberapa kali dalam setahun. Manakala, selebihnya itu menyatakan bahawa mereka memakai Kimono satu kali atau dua kali sahaja dalam tempoh 5 tahun.

Tambahan pula, sejumlah besar responden menyatakan bahawa ahli keluarga mereka membelikan atau memberikan Kimono. Hal ini juga menjelaskan bagaimana Kimono sering dijadikan sebagai hadiah daripada ibu bapa atau ahli keluarga ketika majlis graduasi atau Seijin-shiki yang bermaksud sambutan ulang tahun yang ke-20. (Sambutan Seijin-shiki ini merupakan budaya unik masyarakat Jepun dan hanya dapat dilihat di negara Jepun sahaja.)

Walaupun permintaan Kimono dilihat akan berkurangan pada masa akan datang, tetapi soal selidik ini telah menghuraikan mengenai minat penggunaan Kimono dalam kalangan wanita berumur 20 hingga 40 tahun adalah semakin meningkat. Penggunaan pakaian Kimono tidak terhad kepada majlis dan upacara sahaja bahkan mereka juga menggunakannya sebagai pakaian untuk acara istimewa. Contohnya, orang Jepun memakai Kimono ketika mereka hendak keluar bersama dengan rakan-rakan ataupun kekasih. Bukan itu sahaja, hasil dapatan soal selidik juga menunjukkan terdapat beberapa responden yang menganggap Kimono ini sebagai simbol bagi menunjukkan kebudayaan Jepun terhadap negara-negara asing.


Rujukan[編集]

Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun 和装振興研究会, 2015 「和装振興研究会報告書」


This article "Kimono kini" is from Wikipedia. The list of its authors can be seen in its historical and/or the page Edithistory:Kimono kini.

  1. 和装振興研究会報告書”. 2021年5月26日閲覧。


Read or create/edit this page in another language[編集]